About Me

My photo
I love cameras like a fat girl who loves Edward Cullen.

Followers

Sembang kamera

Yaww, kali ni nak sembang pasal kamera analog paling comel, paling cool ini dia Fujipet ! Hah nampak cool kan ? Aku ingat kamera ni baru lagi, rupa rupanya lama dah, zaman 60-an lagi. Dicipta dari jenama Fujifilm dari Jepun, mesti semua tau kan Fujifilm ? Okay kamera Fujipet ni menggunakan filem jenis 120mm, dan tidak dikategorikan sebagai kamera mainan (toy camera) oleh kerana material badan dia bukan plastik tetapi aluminium menjadikan dia agak berat berbanding Diana dan Holga. Kamera ni ada beberapa jenis model, yang klasik dikenali sebagai Thuderbird, model EE dan versi 35mm digelar Pet 35. Ada gak yang super rare punya versi warna emas dengan edisi Mighty Atom (Astro Boy !). Kalau hampa boleh jumpa memang rare habis kamera nih.


Sesetengah kamera Fujipet ada yang lens kaca ada yang lens plastik menjadikan hasil gambar dia terasa seperti gabungan kamera Diana dan Holga. Fuhh hebat tu.


Yeah, ni diagram kamera Fujipet nih, jadi faham fahamlah sendiri ek ? Aku try cari kat Malaysia, tak jumpa jumpa lagi pun, haish. Kat Ebay ada tapi mahai.

Dapat jumpa ni memang bertuah :)

Thursday 14 April 2011

Powered by Blogger.