About Me

My photo
I love cameras like a fat girl who loves Edward Cullen.

Followers

Selepas minggu kedua

Aku rindu blog ni, lama tak buka. Semenjak duduk matrik, blog ini dilupakan dan diabaikan. Sorry blog, aku takkan lupakan ang dah. Okay kehidupan aku disini agak simple iaitu, serabut dan huru hara. Sebab pertama, kos yang aku ikut lani tiada kena mengena dengan cita cita aku. Kedua, nak ikut cara belajar memang kena laju, so be fast lah. Aku lani dok serabut memikirkan rayuan upu aku, kos seni kulinari di uitm, kos tu memang aku minat, tapi kawan aku kata banyak perbelanjaan dia. Hesh macam mana ni, dok sini belum tentu boleh keluaq ikut kos yang aku minat. Payah payah. Makan kat sini biasa ja, tapi lani jadi kuat makan pula. Duit gaji dah banyak habis diperuntukkan untuk permakanan dan outing. Hah pasai outing aku dah keluaq sampai  Melaka Central baru. Tak cecah la lagi Dataran Pahlawan, mungkin lepas dapat loan minggu depan.

Ni ja kot aku boleh pikiaq nak tulis, tengah dok dalam library ni. Nak pi buat kerja sat. Chow :)

Tuesday 31 May 2011 1 Comment

bukan macam lani dah

Dulu kan, kalau dekat kedai gambar nak proses filem memang pantas. Lani kan, nak proses filem habis laju seminggu woo.

Dulu kan, dekat kedai gambar semua jual filem 35mm dan 120mm, lani tinggal memori kad dengan filem 35mm yang biasa ja, macam Fujifilm Superia.

Dulu kan, orang ambil gambar susah payah baru dapat gambar lawa, lani sekali tukaq pi automatik dekat kamera tu terus cun gambar.

Lani kamera analog dilupakan, pi kedai gambar nak proses filem depa kata mesin takda nak proses lah, takda orang guna dah la. Macam macam alasan. Mentang2 la teknologi lani maju, hebat dan gagah. Baru2 ni aku pi kedai gambar di Parit Buntar, tanya auntie ni ada ka tak filem 120mm. Dia kata tak jual dah sebab bila kamera digital muncul, filem2 ni tenggelam dek zaman. Tapi auntie tu dia bagus sebab tanya aku kenapa masih guna kamera analog lah. Orang lain tak tanya pun, yang taktau filem2 ada juga. Harap ja kerja kat kedai gambar tapi apa pun taktau, tak guna juga. Auntie tu kata lagi dia ada mesin proses film yang latest punya tapi disebabkan orang dah tak pakai kamera analog, dia simpan mesin tu kat rumah. Kedai auntie tu juga ada jual lagi kamera Polaroid. Ada dua biji, takda sapa pun nak beli. Mungkin satu hari nanti aku akan menbelinya. Apa yang aku harapkan lani, semua kedai gambar menjadi kedai gambar, bukannya kedai topup ataupun restoran. Tu ja :)

Friday 20 May 2011 3 Comments

New from Lomography !

Harini Lomography ada keluarkan kamera terbaru. Memang misteri mula2 nya. Tapi lani dah tau, memperkenalkan LC Wide ! Diperbaharui dari LC-A+ dengan ciri2 yang lebih ekstra kerana wide angle camera ! Focal length ia 17mm menjadikan kamera yang lebih luas sudutnya.




Menampilkan 3 format gambar menjadikan ia sangat istimewa. Memang teman yang sesuai untuk dibawa merantau. Kool gila !




Kalau berminat sila klik sini. Harga dia boleh tahan mahal lah, biasa lah baru lagi. Jadi kalau ada yang dah beli habaq tau macam mana rasa ia ! Lomo on ! LC-W is here.


Thursday 19 May 2011 Leave a comment

Aku taktau mana satu dah


Masa depan ialah analog ! *walaupun tiada kena mengena dengan title post kali ini. Dah banyak sangat kamera yang aku minat, ni salah satu antaranya, Fisheye 2. Beza dia dengan Fisheye ialah viewfinder ja tak silap aku. Oh ya, kenapa nama dia 'MATA IKAN' ? Kerana gambar yang dihasilkan seperti pandangan seekor ikan, tak percaya ? Cuba check di Google atau Flickr. Malas nak bubuh sini. Gambar dia 170 darjah, memang kool. Flash dah ada, internal. Harga pun boleh la tahan affordable. Okay nantikan kedatangan aku wahai Fisheye 2!



Gambaran dengan lebih jelas

Wednesday 18 May 2011 1 Comment

semakin dekat, semakin kalut

Assalamualaikum geng, kawan :)



Harini tinggal berapa hari ja lagi nak masuk matrik, barang apa lagi belum sedia. Macam akaun bank BSN kena buat. Aku dah ada tapi kad tu dah patah, hehe ganas gila. Jadi kena buat lain kad tu. Barang2 peribadi hampir lengkap, pi beli kat Tesco tadi. Kemeja semua dah lengkap yang tinggal hanyalah seluar slack saja. Duduk kat matrik ni macam duduk kat maktab lah, tuck in, kemeja, tie, dan berkasut hitam. Hah rambut pun kena pendek dan kemas. Fuhh kalau duduk universiti takda pun macam ni. Kan ? Tapi nak buat macam mana, matrik bagus lagi kot. Bila difikirkan balik, aku ni belum bersedia lagi nak belajaq nih, aku tengok aku sorang ja dapat program dua tahun, ramai dapat setahun ja. Tapi kena teruskan juga ! Esok nak teruskan pencarian barang2 !



KMM !

Tuesday 17 May 2011 Leave a comment

Album terbaik !



 Album paling best pernah aku beli, P Ramlee : Satu Indiepretasi. Menampilkan band2 indie tempatan yang menyanyikan semula lagu2 P Ramlee. Memang projek yang bagus bagi scene2 tempatan. Album ni kalau nak murah beli dekat 7-Eleven, harga RM27 je. Support local acts !

Monday 16 May 2011 2 Comments

Why analog? Why not digital?

To me, the reason to shoot analogue instead of digital lies in our obsession with the “object.”
Analogue photography is a way of taking the intangible — an image — and making it tangible — on film.
For the entire span of civilization, we have known visual art to be an “object,” and the persistence of this viewpoint into the digital age bespeaks a certain kind of romanticism.

For me, I think of my photos as trading cards… taking a picture, and putting it in my box of pretty things to keep and look at later. Most people I meet, or things I see become trading cards (and many of them become a whole series of trading cards). Is it a highly reductive way to live your life? Yes. But the more you do it, the better you get at capturing your own subjective experience, so that it might become accessible to others of, at the very least, the flavor of the life you lead.

But, I won’t lie… I’ve gone digital in the past year, and I can see the merits of digital as well. It’s (wildly) less expensive, far more malleable, and allows you greater precision. But I don’t think it should be called photography, because without the creation of the art object, it’s not exactly the same art form, now is it?


Aku sokong ayat diatas yang dipetik dari sini  oleh panelomo.

Leave a comment

Anak Menakan

Hai dan Assalamualaikum semua :)


Okay kali ni mau sembang pasai anak menakan aku. Setakat ni baru ada dua. Yang terbaru lahir dalam bulan ni, Mei. Seorang bayi lelaki namanya Aqeef Ashraf hasil daripada abang sulung, Azlan. Baru melawatnya di rumah mertua abg Lan di Pedas Negeri Sembilan. Bayi ni masih dalam kekuningannya, agak tinggi parasnya. Kesian dia. Ini gambar dia, comel tak ?

Aqeef Ashraf !
Yang kedua ni lahir bulan Disember tahun lepas, seorang bayi perempuan. Nama dia Arissa Raqilla. Sekarang ni sangat tembam ikut ayah dia, iaitu abang kedua, Azmil. Menatap dengan keluarganya di Terengganu, tapi haritu baru balik Kedah, jadi mak seronok lah dapat tengok cucu. Ini gambar dia dengan kerusi kereta yang baru, tp 2nd hand !

Arissa Raqilla dengan mulutnya yang muncung ! :D

Ini saja post harini. babai~

3 Comments

23 Mei ini

Assalamualaikum folks !


Hehe dulu aku cakap takmau Matrik lah apa lah, lani terdesak punya pasai terpaksa masuk situ juga. Dahla Melaka jauh tu. Tapi aku memang minta jauh jauh pun sebab nak cari pengalaman di negeri orang. 23 Mei ni daftar dah, awai kot. Fuhh berapa hari ja lagi. Tak berguna lah lesen P aku ni sebab kat sana mana boleh bawak kereta atau motor, tapi ada orang kata boleh bawak basikal. Nak bawak fixie boleh ? Haha teringin gak nak pakai. :) Doakan aku dan selamat tinggal semua !


Fixed bike !

Leave a comment

Next Target lah !

Okay Assalamualaikum again, haha tadi bukan post last malam ni, ada lagi.

Lepas bermain dengan kamera mainan ni, teringin pula aksesori tambahan untuk Holga 120gcfn aku nih. Dah malas nak buat DIY dah. Yelah, nak kena rewind film dalam gelap, tu yang susah. Jadi dah buat keputusan untuk dapatkan Superheadz 35mm adapter, senang sikit nak pakai !


Ciri ciri dia, ada frame counter, film advance indicator dan film rewinder, ha hat ni yang aku nak. Senang nak pusing tak payah nak cari kegelapan. *ayat tah papa. Paling best boleh amek sprocket holes ! Holga 120gcfn aku boleh menjadi seperti Sprocket Rocket lah ! woho !

Benda kedua yang aku nak, hm instant camera dari Polaroid ! Wow taste yang tinggi. Mau taknya filem mahai nak mampuih. Tapi ethusiasm aku tinggi jadi tak kisah semua ini. Kalau boleh nak yang macam ni, one step. Filem dari Impossible Project memang mahai, range harga dari RM60-80 satu pek. wohoo !



Ada internal flash gitu.


Okayh simpan duit !

Thursday 12 May 2011 Leave a comment

Hack 35mm on my Holga 120GCFN

Aku dalam eksperimentasi filem 35mm dekat Holga baru. Sedang menunggu hasilnya selepas ini. Ini video yang aku belajar dari. Hehe baru dapat kamera teruih buat lagu ni. Memang terpaksa mengorbankan satu filem la jawabnya.






Ini hasilnya, nampak lubang tu ? Itu dipanggil sprocket holes, lubang2 tepi filem. Filem tu exposed sekali sebab tiada mask yang dapat menghalang dari terkena cahaya. Memang cool !

Sunday 8 May 2011 Leave a comment

Selamat Hari Ibu :'(

Mak (ibu boleh gak), saya banyak buat salah dengan mak. Tinggikan suara, tak dengar cakap dan banyak lagi salah saya. Mungkin kegagalan saya dalam temuduga UiTM berpunca dari kekurangan restu mak. Saya harap mak faham perasaan saya. Saya tak berani nak minta maaf depan depan, saya ego. Mak, minta maaf. Saya sayang mak. :'(

Saturday 7 May 2011 2 Comments

Hampa, (kecewa, bukan korang)

Tersangat sangat kecewa sebab tak dapat apa yang aku nak, diploma in phoography di UiTM. Dah merayu dah tapi tak boleh ambil course yang sama, jadi bertukar kepada seni kulinari kat UiTM juga. Doakan rayuan aku diterima, kawan2 ! Amin !

 Klik untuk membesaqkannya.

Friday 6 May 2011 1 Comment

Sembang kamera part 5


Yah, haritu sembang pasai Holga, kali ni nak sembang pasai pesaing ketatnya, Diana. Kamera Diana diasaskan di China pada tahun 1960-an oleh sebuah syarikat. Dibuat 100% dengan plastik, harganya pada mula dibina hanyalah 1$ dan dianggap satu kegagalan sebab tak ramai yang guna - kemudian tidak lagi dikeluarkan. Tidak lama kemudian para artisan dan lo-fi photographer semakin meminati kamera Diana kerana ciri ciri gambarnya - soft & dreamy images, super-saturated colors, unpredictable blurring, and random contrast. 


Pada tahun 2007, kamera ini muncul semula sebagai Diana F+ oleh Lomography. Bentuknya 100% sama seperti Diana yang lama cuma ada flash yang comel sebagai tambahan. Diana F+ mempunya aksesori yang lengkap macam wide lens, telephoto lens, fisheye lens, instant back dan 35mm back.


Kemudian Lomography mencipta Diana  F+ versi 35mm iaitu Diana Mini. Harganya mahal sedikit berbanding Diana F+ sebab kurang aksesori.

Diana Mini yang comel !


Ini pula Diana yang mempunyai tema dan warna yang tersendiri dan dikenali sebagai Diana F+ klon.Gambar atas menunjukkan senarai Diana F+ klon.


p/s: Aku sekarang tengah menunggu Holga 120 GCFN nih :)

Tuesday 3 May 2011 1 Comment

Im ready now! Big Holga !

Need only RM20 more to get this, the coolest medium format camera, Holga 120 GCFN ! Jeng jeng, terima kasih kepada ROFLcam kerana memberikan harga yang terbaik ! Warna memang terang habis, baru matching dengan jam G-Shock aku. Hehe warna kegemaran buat masa sekarang, MERAH !

Monday 2 May 2011 Leave a comment

Aku memerlukannya

Tatkala aku ingin menyambung pengajian dalam bidang fotografi, aku masih belum mempunyai barang2 yang super penting seperti berikut :

  1. Kamera DSLR
  2. Laptop
  3. Pengangkutan (motosikal/kereta/basikal)
Ya, semua benda nih mahal2 belaka. Mana mau cari duit ? Haish, habislah gaji aku yang ciput tuh. Aku teringin nak menang contest yang menawarkan hadiah2 gempak. Tak pernah lagi la selama ni menang benda2 yang best. Oh ya, nak juga tiket ke konsert Bruno Mars tapi melepas kot. Macam mana nih.

Sunday 1 May 2011 4 Comments

« Older Posts Newer Posts »
Powered by Blogger.