About Me

My photo
I love cameras like a fat girl who loves Edward Cullen.

Followers

Sembang kamera part 2

Tadi aku tertidur, terlupa nak update blog. Okay kali ni nak sembang pasai kamera TLR (twin lens reflex), Lubitel. Lubitel dicipta di Russia oleh LOMO, dan rekaan bentuknya diambil dari kamera Voigtländer Brillant tahun 1930-an dengan beberapa pembaharuan. Cool kan ?


Pada mulanya kamera ini dianggap sebagai kamera mainan (toy cameras) kerana harganya yang murah, dan badan plastik. Tapi Lubitel menggunakan filem 120mm (medium format) dan diubah suai macam fungsi bulb dan lensa dari kaca dan banyak lagi lah. 


Aku paling tertarik sebab viewfinder dia kat atas, tu yang best pasal kamera TLR boleh tngk dari paras pinggang.


Ni model Lubitel ikut tahun:

  • Kamera Komsomolets tapi kamera ni viewfinder dia tak boleh fokus,tapi fixed. Hampir seperti kamera Voigtländer Brillant.
  • Lubitel TLR 1950-1956
  • Lubitel-2 1955-1977
  • Lubitel-166 1977-1980
  • Lubitel-166 B 1980-?
  • Lubitel-166 Universal 1984-Ogos 1988(pastu takda dah)
  • Lubitel-166+ 2008 (Lomography punya)

Lubitel 166+ dari Lomography :)

Monday 18 April 2011

Powered by Blogger.