Beg kamera yang aku pakai lani zip dah rosak, adoy. Baru ja beli masa kat Langkawi bulan Februari hari tu. Patutlah tokey tu bagi murah, sebab dah lama stock beg ni. Haish rasa rugi ja beli, tapi time beli tu eksaited gila nak pakai. Apa laa. Teringin sangat nak pakai beg Lomography, tapi mahai. Hm nak buat macam mana, ada rezeki, ada beg baru. hehe
Gambar belah kiri atas,
Lomograpy Hipshot. Beg ni agak cool, sangkut
kat pinggang. Ciri ciri dia, ringan, kalis air, tahan lasak dan sangat mesra
alam sebab dibuat daripada sintetik.
Gambar belah kiri bawah, Lomography Sidekick Leather Bag. Pergh ni lagi best, kulit woo. 2 in 1, beg kecil untuk kamera lomo, beg besaq untuk dokumen ataupun nak bubuh dadah pun boleh. haha takda lah, boleh bubuh laptop/netbook.