About Me

My photo
I love cameras like a fat girl who loves Edward Cullen.

Followers

Showing posts with label kehidupanku. Show all posts

Hasil dari Instax Mini 7s #2



Dia suka iced lemon tea, dan ribena <3

Saya dan Amirah di A'Famosa, 17 September 2011 :)



Kiri: Arif Imran.
Kanan: Raff Iskandar.
Kawan2 semasa di MRSM Beseri, lepak dekat Melaka :)



Okay scanner kawan, so mcm pecah sikit pixel. Scanner kat rumah elok ja (rujuk gambar sebelum ini)


Monday, 19 September 2011 2 Comments

Berpuasa di Melaka :)

Assalamualaikum guys !


Tuudia lama gila tak update, hehe memandangkan lani dah bulan Ramadhan, saya ingin mengucapkan selamat berpuasa kalian semua.Tahun ni pertama kali berpuasa ni negeri Melaka ni habaq hang. Macam macam perkara berlaku kat sini. Setakat ni nak sahur atau berbuka takda masalah lagi la. Semua makanan lengkap, dari ayam percik, pari bakar, ikan keli dll. Puas lah. Tak pernah la lagi buka atau sahur makan mee segera atau roti ja :) Mewah gila hidup kat sini (duit memang cepat habis) hehe.

20hb ni baru nak balik Kedah, sudah 3bulan berada kat Melaka nih. Lama gila tak balik, pekena char koey teow, photoshooting, keluaq Penang. Elaun masuk 18hb nih, so duit ada, heh apa lagi beli kamera baru lah ! Sorry tak dapat tahan kehendak membeli kamera2 analog ! Ini saja kot post malam nih, sakit belakang dah. hehe doa puasa esok hari jangan lupa :)

Thursday, 4 August 2011 Leave a comment

semakin dekat, semakin kalut

Assalamualaikum geng, kawan :)



Harini tinggal berapa hari ja lagi nak masuk matrik, barang apa lagi belum sedia. Macam akaun bank BSN kena buat. Aku dah ada tapi kad tu dah patah, hehe ganas gila. Jadi kena buat lain kad tu. Barang2 peribadi hampir lengkap, pi beli kat Tesco tadi. Kemeja semua dah lengkap yang tinggal hanyalah seluar slack saja. Duduk kat matrik ni macam duduk kat maktab lah, tuck in, kemeja, tie, dan berkasut hitam. Hah rambut pun kena pendek dan kemas. Fuhh kalau duduk universiti takda pun macam ni. Kan ? Tapi nak buat macam mana, matrik bagus lagi kot. Bila difikirkan balik, aku ni belum bersedia lagi nak belajaq nih, aku tengok aku sorang ja dapat program dua tahun, ramai dapat setahun ja. Tapi kena teruskan juga ! Esok nak teruskan pencarian barang2 !



KMM !

Tuesday, 17 May 2011 Leave a comment

23 Mei ini

Assalamualaikum folks !


Hehe dulu aku cakap takmau Matrik lah apa lah, lani terdesak punya pasai terpaksa masuk situ juga. Dahla Melaka jauh tu. Tapi aku memang minta jauh jauh pun sebab nak cari pengalaman di negeri orang. 23 Mei ni daftar dah, awai kot. Fuhh berapa hari ja lagi. Tak berguna lah lesen P aku ni sebab kat sana mana boleh bawak kereta atau motor, tapi ada orang kata boleh bawak basikal. Nak bawak fixie boleh ? Haha teringin gak nak pakai. :) Doakan aku dan selamat tinggal semua !


Fixed bike !

Monday, 16 May 2011 Leave a comment

To Penang, again.

 Yeah, minggu ni memang kerap kot pi Penang. Tadi pi ngan kawan2 bro aku. Dia pi sana beli kamera lomo Blackbird Fly atas sebab terpengaruh dengan aku dan juga Kamen Rider Decade. Aku pula apa lagi, beli selipar baru la sebab haritu dah kena kebas (baca post sebelum ini).


Warna kuning !
Aku beli warna ni pula :)

Saturday, 30 April 2011 Leave a comment

Flip flop aku !


Hah baru nak post benda ni walaupun dah lepas beberapa minggu dah, haritu aku pi Penang dengan parents aku sebab abah ada kerja. Hari tu lak hari Jumaat, jadi mesti ada solat Jumaat kan ? Hah takkan tak tau kot. Lepas habis kerja abah, kami pun balik la dari Pulau Pinang, ingat nak cari masjid dekat Simpang Empat, pastu jumpa pun. Solat punya solat, habis solat macam biasa lah aku tunggu imam habis baca doa dulu, fuhh tunggu. Bila dah habis mesti lah keluaq kan, jadi benda pertama yang aku cari mesti la flip flop aku, sedaq2 dah hilang. Walaupun kaler dia memang kontra dengan selipar orang2 lain, masih tak dapat cari. Sudah orang mesti dah kebas dah ni. Aku solat kat tempat aku tak pernah pun hilang selipar. Haish budak2 lani pun. Nak curi pun kat masjid, pikiaq la sikit. Pastu aku pun apa lagi cari punya cari tak jumpa, pinjam la selipar masjid sat. Pakai pi kereta mak aku tanya, hadoy. Pakai capal abah aku sat, bagi balik selipar tu, yelah mana boleh curi harta orang. Kemudian balik lah aku ke rumah berkakikan ayam. Malang. 


Macam ni, cuma warna ungu !

Friday, 29 April 2011 Leave a comment

Keputusan Matrikulasi Azaan ?

Kepada siapa yang belum tahu aku dapat matriks mana, klik gambar diatas untuk lebih terperinci. Saja nak post, tapi tak mahu masuk pun, sebab tak berminat dengan matrikulasi, Boikot matriks ! bak kata aliya boboy ghazali :)

Wednesday, 27 April 2011 4 Comments

Retardless

Nak juga sembang pasal interview, asyik hampa ja.

Pada suatu hari, aku bertolak dari rumah pukul 11.30pg sampai kat Kulim, makan sat ngan ayah aku. Kemudian perjalanan kami diteruskan dan tiba lebih kurang 1.30 di UiTM Kedah. Mula mula hati ni bergetaq semacam ja, rasa janggal pon ada. Masuk ja galeri seni tu perasaan dah pelik. Tiba2 dia panggil masuk dalam bilik melukis, jalan la masuk. Ada ramai dalam tu, dengan beberapa objek ditengah tengah tu. Apa lagi, dia suruh lukis la benda depan mata tu, ada bola yang ditindih dengan kon, dengan tiang mini dibelakangnya serta ada langsir terjelir keluar dari atas. Mula mula sketching menggeletaq tangan aku, ntah kenapa. Lama lama elok dah melukis tapi takda lah lawa sangat mcm orang sebelah aku. haha. Sambung pula ujian kreativiti, ada line2 yang perlu disambung membentuk lukisan, aku main bantai ja. haish apa nak jadi jadi la. 


Hah kemudian part temuduga paling best, mula mula check dulu barang2 apa yang tak cukup, okay semua cukup. Test rabun warna, mak aih apa tu, pusing gambar tu nampak macam gunting, fuhh nasib baik betul, lulus ujian rabun warna dah. Kemudian jalan pi meja penemuduga tu dia panggil, aku pon duduk la. Selamba ja dia cakap "wa'alaikusalam" haha terpinga pinga aku bg salam. Pastu dia tnya, minat bidang apa, cakap la fotografi, kemudian dia minta folio seni, haha aku tak ambil kat maktab la abg oi. Hopefully tak kena potong markah. Memang kejap lah interview tuh, balik dengan muka girang je.

Sunday, 17 April 2011 Leave a comment

Usaha

Baca statement dalam gambar. Yayy dapat keychain Holga :) Walaupun tak menang hadiah pertama atau kedua, jadi lah tu. Syukran jazilan. Pi kat laman web ni www.lofico.com.au kalau tak percaya. Hah dah la web ni kat Australia, tak percaya lak dapat hadiah. esh pelik kan? Unbelievable? Believe it.

Sunday, 10 April 2011 Leave a comment

Post tak tentu hala

Aku sekarang tengah menunggu handphone baru dan surat tawaran dari universiti. Aku harap sangat dapat masuk UiTM ataupun UniKL dalam bidang multimedia/seni lukis & seni reka untuk memenuhi impian aku dalam menjadi jurugambar :) Sekarang tengah buat part time, tolong abah kat pejabat dan tengah berusaha menyiapkan lesen kereta dan motosikal. Minat aku terhadap lomografi ni semakin meningkat, teringin nak kumpui kamera lomo banyak banyak pastu join group Lomokids. Kat sini takda pun geng yang pakai kamera lomo, jadi teringin gila nak ada kawan yang ada minat yang sama. 
Aku pengguna Holga 135bc :)

Cepatlah mai Nokia X2-01 ngan surat tawaran :(

Friday, 8 April 2011 Leave a comment

Nak try yang baru, Nokia X2-01

Nak tukaq fon, fon yang lama asyik keluaq polifonik ja. Nak juga try buh lagu JB ka buat ringtone. hehe.
Fon ni fon bajet ja, luaran memang cun, tp dalaman dia kurang, biasalah harga pun kurang kan. Kamera VGA ja, takda wlan/wifi. okaylah berbaloi dengan harganya :)

Wednesday, 6 April 2011 Leave a comment

Selamat Pagi :)

Mood hari ialah heregoesnothing, haha mesti hampa faham kan apa tuh, yeah esok tibalah harinya, keputusan SPM.

*Mesti you tak bgun lagi kan? Comel! :D

Monday, 21 March 2011 Leave a comment

Serdang menjadi gelap

Malam ini 14 Mac, Pekan Serdang dikejutkan dengan kegelapan dengan tiba tiba. Kegelapan yang dimaksudkan ialah blackout bukannya kuasa jahat ataupun sesuatu yang gelap dan pelik, apa apa jelah. Nyamuk nyamuk bersiap sedia untuk menyerang penduduk pekan Serdang ini menyebabkab kegatalan yang serius kepada aku. Walaweh nyamuk, pi la tempat lain, aku dok blogging nih!
Rumah aku sepi tanpa internet, ni pun aku dok blogging pakai windows live writer ja. Tulis then save. Bila ada line wifi baru post. Dem. Rasa nak penyepak laju laju ja bola ping pong tuh. Fuhh ganaih gak aku ni. Cewahh. SmileLani aku dah dapat lesen L, tapi macam takda guna ja. Nak pi kelas memandu pun malas. Macam mana nak habiskan kelas nih. Weh sapa sapa nak teman aku tak ?
7
oh ya,ni lah pekan Serdang ,tapi ni time siang lah. heheSmile

Tuesday, 15 March 2011 Leave a comment

« Older Posts
Powered by Blogger.