About Me

My photo
I love cameras like a fat girl who loves Edward Cullen.

Followers

Sembang kamera part 5


Yah, haritu sembang pasai Holga, kali ni nak sembang pasai pesaing ketatnya, Diana. Kamera Diana diasaskan di China pada tahun 1960-an oleh sebuah syarikat. Dibuat 100% dengan plastik, harganya pada mula dibina hanyalah 1$ dan dianggap satu kegagalan sebab tak ramai yang guna - kemudian tidak lagi dikeluarkan. Tidak lama kemudian para artisan dan lo-fi photographer semakin meminati kamera Diana kerana ciri ciri gambarnya - soft & dreamy images, super-saturated colors, unpredictable blurring, and random contrast. 


Pada tahun 2007, kamera ini muncul semula sebagai Diana F+ oleh Lomography. Bentuknya 100% sama seperti Diana yang lama cuma ada flash yang comel sebagai tambahan. Diana F+ mempunya aksesori yang lengkap macam wide lens, telephoto lens, fisheye lens, instant back dan 35mm back.


Kemudian Lomography mencipta Diana  F+ versi 35mm iaitu Diana Mini. Harganya mahal sedikit berbanding Diana F+ sebab kurang aksesori.

Diana Mini yang comel !


Ini pula Diana yang mempunyai tema dan warna yang tersendiri dan dikenali sebagai Diana F+ klon.Gambar atas menunjukkan senarai Diana F+ klon.


p/s: Aku sekarang tengah menunggu Holga 120 GCFN nih :)

Tuesday 3 May 2011

One response to Sembang kamera part 5

  1. Unknown says:

    hai . i nak tanya something, still boleh snap picture ke if xgune frame masks? i punye hilang pulak. i really need your feedback. TQ

Powered by Blogger.