Aku rindu blog ni, lama tak buka. Semenjak duduk matrik, blog ini dilupakan dan diabaikan. Sorry blog, aku takkan lupakan ang dah. Okay kehidupan aku disini agak simple iaitu, serabut dan huru hara. Sebab pertama, kos yang aku ikut lani tiada kena mengena dengan cita cita aku. Kedua, nak ikut cara belajar memang kena laju, so be fast lah. Aku lani dok serabut memikirkan rayuan upu aku, kos seni kulinari di uitm, kos tu memang aku minat, tapi kawan aku kata banyak perbelanjaan dia. Hesh macam mana ni, dok sini belum tentu boleh keluaq ikut kos yang aku minat. Payah payah. Makan kat sini biasa ja, tapi lani jadi kuat makan pula. Duit gaji dah banyak habis diperuntukkan untuk permakanan dan outing. Hah pasai outing aku dah keluaq sampai Melaka Central baru. Tak cecah la lagi Dataran Pahlawan, mungkin lepas dapat loan minggu depan.
Ni ja kot aku boleh pikiaq nak tulis, tengah dok dalam library ni. Nak pi buat kerja sat. Chow :)
About Me
Followers
Selepas minggu kedua
Tuesday, 31 May 2011 1 Comment
bukan macam lani dah
Dulu kan, kalau dekat kedai gambar nak proses filem memang pantas. Lani kan, nak proses filem habis laju seminggu woo.
Dulu kan, dekat kedai gambar semua jual filem 35mm dan 120mm, lani tinggal memori kad dengan filem 35mm yang biasa ja, macam Fujifilm Superia.
Dulu kan, orang ambil gambar susah payah baru dapat gambar lawa, lani sekali tukaq pi automatik dekat kamera tu terus cun gambar.
Lani kamera analog dilupakan, pi kedai gambar nak proses filem depa kata mesin takda nak proses lah, takda orang guna dah la. Macam macam alasan. Mentang2 la teknologi lani maju, hebat dan gagah. Baru2 ni aku pi kedai gambar di Parit Buntar, tanya auntie ni ada ka tak filem 120mm. Dia kata tak jual dah sebab bila kamera digital muncul, filem2 ni tenggelam dek zaman. Tapi auntie tu dia bagus sebab tanya aku kenapa masih guna kamera analog lah. Orang lain tak tanya pun, yang taktau filem2 ada juga. Harap ja kerja kat kedai gambar tapi apa pun taktau, tak guna juga. Auntie tu kata lagi dia ada mesin proses film yang latest punya tapi disebabkan orang dah tak pakai kamera analog, dia simpan mesin tu kat rumah. Kedai auntie tu juga ada jual lagi kamera Polaroid. Ada dua biji, takda sapa pun nak beli. Mungkin satu hari nanti aku akan menbelinya. Apa yang aku harapkan lani, semua kedai gambar menjadi kedai gambar, bukannya kedai topup ataupun restoran. Tu ja :)
Friday, 20 May 2011 3 Comments
New from Lomography !
Menampilkan 3 format gambar menjadikan ia sangat istimewa. Memang teman yang sesuai untuk dibawa merantau. Kool gila !
Thursday, 19 May 2011 Leave a comment
Aku taktau mana satu dah
Wednesday, 18 May 2011 1 Comment
semakin dekat, semakin kalut
Assalamualaikum geng, kawan :)
Harini tinggal berapa hari ja lagi nak masuk matrik, barang apa lagi belum sedia. Macam akaun bank BSN kena buat. Aku dah ada tapi kad tu dah patah, hehe ganas gila. Jadi kena buat lain kad tu. Barang2 peribadi hampir lengkap, pi beli kat Tesco tadi. Kemeja semua dah lengkap yang tinggal hanyalah seluar slack saja. Duduk kat matrik ni macam duduk kat maktab lah, tuck in, kemeja, tie, dan berkasut hitam. Hah rambut pun kena pendek dan kemas. Fuhh kalau duduk universiti takda pun macam ni. Kan ? Tapi nak buat macam mana, matrik bagus lagi kot. Bila difikirkan balik, aku ni belum bersedia lagi nak belajaq nih, aku tengok aku sorang ja dapat program dua tahun, ramai dapat setahun ja. Tapi kena teruskan juga ! Esok nak teruskan pencarian barang2 !
Tuesday, 17 May 2011 Leave a comment
Album terbaik !
Album paling best pernah aku beli, P Ramlee : Satu Indiepretasi. Menampilkan band2 indie tempatan yang menyanyikan semula lagu2 P Ramlee. Memang projek yang bagus bagi scene2 tempatan. Album ni kalau nak murah beli dekat 7-Eleven, harga RM27 je. Support local acts !
Monday, 16 May 2011 2 Comments
Why analog? Why not digital?
To me, the reason to shoot analogue instead of digital lies in our obsession with the “object.”
Analogue photography is a way of taking the intangible — an image — and making it tangible — on film.
For the entire span of civilization, we have known visual art to be an “object,” and the persistence of this viewpoint into the digital age bespeaks a certain kind of romanticism.
For me, I think of my photos as trading cards… taking a picture, and putting it in my box of pretty things to keep and look at later. Most people I meet, or things I see become trading cards (and many of them become a whole series of trading cards). Is it a highly reductive way to live your life? Yes. But the more you do it, the better you get at capturing your own subjective experience, so that it might become accessible to others of, at the very least, the flavor of the life you lead.
But, I won’t lie… I’ve gone digital in the past year, and I can see the merits of digital as well. It’s (wildly) less expensive, far more malleable, and allows you greater precision. But I don’t think it should be called photography, because without the creation of the art object, it’s not exactly the same art form, now is it?
Aku sokong ayat diatas yang dipetik dari sini oleh panelomo.
Anak Menakan
Hai dan Assalamualaikum semua :)
Okay kali ni mau sembang pasai anak menakan aku. Setakat ni baru ada dua. Yang terbaru lahir dalam bulan ni, Mei. Seorang bayi lelaki namanya Aqeef Ashraf hasil daripada abang sulung, Azlan. Baru melawatnya di rumah mertua abg Lan di Pedas Negeri Sembilan. Bayi ni masih dalam kekuningannya, agak tinggi parasnya. Kesian dia. Ini gambar dia, comel tak ?
23 Mei ini
Assalamualaikum folks !
Hehe dulu aku cakap takmau Matrik lah apa lah, lani terdesak punya pasai terpaksa masuk situ juga. Dahla Melaka jauh tu. Tapi aku memang minta jauh jauh pun sebab nak cari pengalaman di negeri orang. 23 Mei ni daftar dah, awai kot. Fuhh berapa hari ja lagi. Tak berguna lah lesen P aku ni sebab kat sana mana boleh bawak kereta atau motor, tapi ada orang kata boleh bawak basikal. Nak bawak fixie boleh ? Haha teringin gak nak pakai. :) Doakan aku dan selamat tinggal semua !
Next Target lah !
Okay Assalamualaikum again, haha tadi bukan post last malam ni, ada lagi.
Lepas bermain dengan kamera mainan ni, teringin pula aksesori tambahan untuk Holga 120gcfn aku nih. Dah malas nak buat DIY dah. Yelah, nak kena rewind film dalam gelap, tu yang susah. Jadi dah buat keputusan untuk dapatkan Superheadz 35mm adapter, senang sikit nak pakai !
Benda kedua yang aku nak, hm instant camera dari Polaroid ! Wow taste yang tinggi. Mau taknya filem mahai nak mampuih. Tapi ethusiasm aku tinggi jadi tak kisah semua ini. Kalau boleh nak yang macam ni, one step. Filem dari Impossible Project memang mahai, range harga dari RM60-80 satu pek. wohoo !
Okayh simpan duit !
Thursday, 12 May 2011 Leave a comment
Hack 35mm on my Holga 120GCFN
Aku dalam eksperimentasi filem 35mm dekat Holga baru. Sedang menunggu hasilnya selepas ini. Ini video yang aku belajar dari. Hehe baru dapat kamera teruih buat lagu ni. Memang terpaksa mengorbankan satu filem la jawabnya.
.
Ini hasilnya, nampak lubang tu ? Itu dipanggil sprocket holes, lubang2 tepi filem. Filem tu exposed sekali sebab tiada mask yang dapat menghalang dari terkena cahaya. Memang cool !
Sunday, 8 May 2011 Leave a comment
Selamat Hari Ibu :'(
Saturday, 7 May 2011 2 Comments
Hampa, (kecewa, bukan korang)
Tersangat sangat kecewa sebab tak dapat apa yang aku nak, diploma in phoography di UiTM. Dah merayu dah tapi tak boleh ambil course yang sama, jadi bertukar kepada seni kulinari kat UiTM juga. Doakan rayuan aku diterima, kawan2 ! Amin !
Friday, 6 May 2011 1 Comment
Sembang kamera part 5
Tuesday, 3 May 2011 1 Comment
Im ready now! Big Holga !
Monday, 2 May 2011 Leave a comment
Aku memerlukannya
Tatkala aku ingin menyambung pengajian dalam bidang fotografi, aku masih belum mempunyai barang2 yang super penting seperti berikut :
- Kamera DSLR
- Laptop
- Pengangkutan (motosikal/kereta/basikal)
Sunday, 1 May 2011 4 Comments
Blog Archive
-
▼
2011
(148)
-
▼
May
(17)
- Selepas minggu kedua
- Light experimenting and Penang trip
- bukan macam lani dah
- New from Lomography !
- Aku taktau mana satu dah
- semakin dekat, semakin kalut
- Album terbaik !
- Why analog? Why not digital?
- Anak Menakan
- 23 Mei ini
- Next Target lah !
- Hack 35mm on my Holga 120GCFN
- Selamat Hari Ibu :'(
- Hampa, (kecewa, bukan korang)
- Sembang kamera part 5
- Im ready now! Big Holga !
- Aku memerlukannya
-
▼
May
(17)