About Me

My photo
I love cameras like a fat girl who loves Edward Cullen.

Followers

Sembang kamera part 6

Assalamualaikum.

Harini baru nak up post baru. Okay kita sembang pasai kamera.
Kamera yang aku nak sembang ialah SMENA 8M. Kamera ini buatan Russia ataupun USSR.
Kalau anda beli kamera ni, apa yang bestnya dapat leather case sekali. Kamera ini agak mudah
dikendalikan jikalau anda faham fungsi2 aperture dan shutter speed. Badan ia plastik dan lens lagendary
dari Russia. CMEHA bermaksud Generasi Muda dalam BM. Ia disebut SMENA. Kamera ini
dibawah syarikat LOMO dan dibuat pada tahun 70-an hingga awal 80-an.


Leather case ni dapat melindungi badan kamera selain memberi 
rupa yang lebih menarik. :)


SPESIFIKASI


1. Lens Triplet 43 / 40mm / f4
- lens yang tinggi kontras nya


2. Pelbagai shutter speed secara manual
- boleh pilih 1/250, 1/125, 1/60, 1/30, 1/15 dan B mod, Juga ada icon2 cuaca.


3. Pelbagai aperture secara manual
- boleh pilih f-stop sampai f/4, f/5.6, f/8, f/11, dan f/16.

4. Pemacu shutter
- membolehkan mengambil gambar, juga boleh tekan banyak kali sesuka hati anda untuk multiple exposure.


Itu sahaja post kali ini.
Jumpa lagi :)











Tuesday 6 December 2011

Powered by Blogger.