About Me

My photo
I love cameras like a fat girl who loves Edward Cullen.

Followers

Super Random post.

Assalamualaikum ya'all.

Harini weekend, esok masuk kuliah dah. Post harini sangatlah random sebab idea tiada. Oh ya.


  1. Kat aku ada tiga roll film yang belum di develop kan. Nak develop kat town tapi mahai nak mampuih.
  2. Semakin menyukai susu HL low lactose.
Thats all for today ! 

Saturday, 25 June 2011 Leave a comment

New From Lomography #2 !

Assalamualaikum semua !

Fuh lama betoi tak update blog, 3 minggu kot semenjak dok belajaq kat KMM atau lebih dikenali sebagai Kolej Matrikulasi Melaka. Dok sini kerja dok online facebook ja tapi blog lupa nak buka. Okay tanpa membuang masa lagi saya ingin mempersembahkan sejenis lagi kamera baru dari Lomography ! La Sardina !


Hah mesti anda semua rasa pelik dengan bentuk dia kan, macam tin sardin ! Sebab tu nama dia La Sardina !
Hehe kamera ni dulu dah ada macam ni, lupa dah nama kamera tu. Bentuk sebiji macam tin sardin tapi material dia tin la. Yang ni badan dia plastik je. Keistimewaan ia macam LC-Wide juga iaitu wide angle camera. Tu ja kot. Takda idea dah :)

 OH ya ni contoh hasil La Sardina ! Nyum nyum !







Tuesday, 21 June 2011 Leave a comment

this is me, don’t ask anymore.

Assalamualaikum, malam yang berbau ayam di matrik melaka kali ini, azaan nak sembang pasai diri dia, entah tiba tiba ja datang firasat sebegitu rupa. Kalau ampa nak kenai sama azaan, ampa kena tau dulu ni. azaan seorang yang:
  • pemalu, entah kenapa aku cakap macam ni, memang kot. Aku memang payah nak tegur orang apatah lagi kalau orang tu aku tak kenal.
  • payah senyum, ha yang ni ampa kenalah buatkan aku tersenyum.
  • serabai, jarang sikat rambut, muka selenga rock kapak.
  • suka headbanging, memang tak boleh ubah tambah tambah kalau tengah dengar lagu ganas.
  • mesra kalau disapa, kalau tak sapa aku diammm ja. :D
  • memang kalut kalau  orang itu sama minat, kalau aku jumpa orang yang sama minat memang aku boleh kamcheng dan suka sembang pasai bab bab minat tu.
Jadi kalau ada budak KMM yang baca nih, pandai lah nak buat ghamai (ramai) dengan aku. hehe

Saturday, 4 June 2011 Leave a comment

Selepas minggu kedua

Aku rindu blog ni, lama tak buka. Semenjak duduk matrik, blog ini dilupakan dan diabaikan. Sorry blog, aku takkan lupakan ang dah. Okay kehidupan aku disini agak simple iaitu, serabut dan huru hara. Sebab pertama, kos yang aku ikut lani tiada kena mengena dengan cita cita aku. Kedua, nak ikut cara belajar memang kena laju, so be fast lah. Aku lani dok serabut memikirkan rayuan upu aku, kos seni kulinari di uitm, kos tu memang aku minat, tapi kawan aku kata banyak perbelanjaan dia. Hesh macam mana ni, dok sini belum tentu boleh keluaq ikut kos yang aku minat. Payah payah. Makan kat sini biasa ja, tapi lani jadi kuat makan pula. Duit gaji dah banyak habis diperuntukkan untuk permakanan dan outing. Hah pasai outing aku dah keluaq sampai  Melaka Central baru. Tak cecah la lagi Dataran Pahlawan, mungkin lepas dapat loan minggu depan.

Ni ja kot aku boleh pikiaq nak tulis, tengah dok dalam library ni. Nak pi buat kerja sat. Chow :)

Tuesday, 31 May 2011 1 Comment

bukan macam lani dah

Dulu kan, kalau dekat kedai gambar nak proses filem memang pantas. Lani kan, nak proses filem habis laju seminggu woo.

Dulu kan, dekat kedai gambar semua jual filem 35mm dan 120mm, lani tinggal memori kad dengan filem 35mm yang biasa ja, macam Fujifilm Superia.

Dulu kan, orang ambil gambar susah payah baru dapat gambar lawa, lani sekali tukaq pi automatik dekat kamera tu terus cun gambar.

Lani kamera analog dilupakan, pi kedai gambar nak proses filem depa kata mesin takda nak proses lah, takda orang guna dah la. Macam macam alasan. Mentang2 la teknologi lani maju, hebat dan gagah. Baru2 ni aku pi kedai gambar di Parit Buntar, tanya auntie ni ada ka tak filem 120mm. Dia kata tak jual dah sebab bila kamera digital muncul, filem2 ni tenggelam dek zaman. Tapi auntie tu dia bagus sebab tanya aku kenapa masih guna kamera analog lah. Orang lain tak tanya pun, yang taktau filem2 ada juga. Harap ja kerja kat kedai gambar tapi apa pun taktau, tak guna juga. Auntie tu kata lagi dia ada mesin proses film yang latest punya tapi disebabkan orang dah tak pakai kamera analog, dia simpan mesin tu kat rumah. Kedai auntie tu juga ada jual lagi kamera Polaroid. Ada dua biji, takda sapa pun nak beli. Mungkin satu hari nanti aku akan menbelinya. Apa yang aku harapkan lani, semua kedai gambar menjadi kedai gambar, bukannya kedai topup ataupun restoran. Tu ja :)

Friday, 20 May 2011 3 Comments

New from Lomography !

Harini Lomography ada keluarkan kamera terbaru. Memang misteri mula2 nya. Tapi lani dah tau, memperkenalkan LC Wide ! Diperbaharui dari LC-A+ dengan ciri2 yang lebih ekstra kerana wide angle camera ! Focal length ia 17mm menjadikan kamera yang lebih luas sudutnya.




Menampilkan 3 format gambar menjadikan ia sangat istimewa. Memang teman yang sesuai untuk dibawa merantau. Kool gila !




Kalau berminat sila klik sini. Harga dia boleh tahan mahal lah, biasa lah baru lagi. Jadi kalau ada yang dah beli habaq tau macam mana rasa ia ! Lomo on ! LC-W is here.


Thursday, 19 May 2011 Leave a comment

« Older Posts Newer Posts »
Powered by Blogger.