About Me

My photo
I love cameras like a fat girl who loves Edward Cullen.

Followers

Showing posts with label camera. Show all posts

Wordless Thursday

Leica M6 with motordrive. A rangefinder camera made in Germany.

Friday, 30 December 2011 Leave a comment

Barang sudah tiba

Assalamualaikum.

Ya barang yang aku tunggu2 sudah tiba petang tadi. Flash impian iaitu coloursplash flash dari Lomography (beli second hand dari forum.lowyat) dan lens yang di trade dengan Helios 58mm f2 aku, lens Ozunon 35-70mm f3.5 :)


ini lah rupanya bila mereka bergabung

on my neck !

abaikan muka aku -,-

Aku harap style shooting aku berubah dan dapat diperbaiki kelemahan out of focus sebelum ini. Itu ja tujuan aku trade lens, dengan harapan ianya diperbaiki. Wish me luck with my obsession !

Thats all :)

Thursday, 29 December 2011 Leave a comment

Wordless Thursday

Argus C2 Camera and Flash unit


Colin Creevey and the Argus C3 in Harry Potter movie.

Wednesday, 21 December 2011 Leave a comment

Phailed (Failed)

Assalamualaikum semua penggemar kamera :)

Sebelum aku beli kamera Zenit 12 SD tu, aku agak teracun dengan gambar2 dari lens Helios 58mm F2 yang bokehnya agak kurang hajaq. Memang bokeh smooth dan swirly habis tak sangga la. Jadi aku pun test roll la masa dapat. Konon2 nya dapat lah bokeh macam yang disangka2 kan.

Ini gambar2 yang aku harap sangat boleh direalisasikan : 











Tapi ini hasil yang GAGAL dariku :






Saya dah fokus habis baik dan nampak sharp di viewfinder. Tapi hasilnya agak mengecewakan. Adakah salah rabun mata saya ni, atau lens ini rosak ? Masih tertanya tanya. Akan develop film dari kamera ini untuk melihat hasil yang lebih baik. 


Ini sahaja untuk hari ini. Bai :)

Monday, 19 December 2011 Leave a comment

Sembang kamera part 6

Assalamualaikum.

Harini baru nak up post baru. Okay kita sembang pasai kamera.
Kamera yang aku nak sembang ialah SMENA 8M. Kamera ini buatan Russia ataupun USSR.
Kalau anda beli kamera ni, apa yang bestnya dapat leather case sekali. Kamera ini agak mudah
dikendalikan jikalau anda faham fungsi2 aperture dan shutter speed. Badan ia plastik dan lens lagendary
dari Russia. CMEHA bermaksud Generasi Muda dalam BM. Ia disebut SMENA. Kamera ini
dibawah syarikat LOMO dan dibuat pada tahun 70-an hingga awal 80-an.


Leather case ni dapat melindungi badan kamera selain memberi 
rupa yang lebih menarik. :)


SPESIFIKASI


1. Lens Triplet 43 / 40mm / f4
- lens yang tinggi kontras nya


2. Pelbagai shutter speed secara manual
- boleh pilih 1/250, 1/125, 1/60, 1/30, 1/15 dan B mod, Juga ada icon2 cuaca.


3. Pelbagai aperture secara manual
- boleh pilih f-stop sampai f/4, f/5.6, f/8, f/11, dan f/16.

4. Pemacu shutter
- membolehkan mengambil gambar, juga boleh tekan banyak kali sesuka hati anda untuk multiple exposure.


Itu sahaja post kali ini.
Jumpa lagi :)











Tuesday, 6 December 2011 Leave a comment

Welcome to the family




Meet my new camera, Zenit 12 CD a russian sweetheart. The camera itself is freakin heavy ! But i dont mind.


Currently im using this film Lomography Redscale XR 50-200. I cant wait to see the result for the first time using this camera :D

Tuesday, 15 November 2011 Leave a comment

Welcome to the family :)









This is Fed 5b, russian vintage camera. Bought it 2nd hand from a member of The Lomoranger. Gonna try it soon :) Stay tune for the results !

Saturday, 22 October 2011 Leave a comment

Cameras Porn

Left : Fujifilm Instax Mini 7s Pink
Right : Holga 120GCFN Red
Centre : Superheadz UWS Ai Tomadachi

Here's my cameras collection currently, will be bigger :)

Sunday, 11 September 2011 Leave a comment

Kamera baru akan datang !

Assalamualaikum.


Yah disebabkan kekurangan kamera 135, aku berhasrat nak beli lah kamera baru untuk aku, bukan plastik tapi vintage punya. Berminat dengan kamera jenis rangefinder dari Russia, ini dia saya memperkenalkan Fed 5b.


Kenapa Fed ? Sebab pada masa kegemilangan kamera Leica, Fed mula membuat copy ala ala Leica. Walaupun Leica 100kali lebih bagus dari Fed tapi Fed 100kali lebih murah dari Leica. Taktau apa itu Leica ? Klik sini. Boleh usha kamera kamera terbaru dari Leica, tapi adakah anda mampu ? :D hehe

Kamera ini akan menggantikan Holga 135bc aku, ya harap harap kamera ini dapat dibeli tanpa masalah macam mula mula aku mahu beli Yashica Electro 35 GSN, tengok tengok dah sold out. Memang hampa, kamera ni ja harapan last :) Jadi kena berusaha gigih ! Hail analogue ! 

Friday, 12 August 2011 2 Comments

New From Lomography #3

Adakah anda sedang menuju ke pantai untuk menikmati percutian musim panas tidak lama lagi ? Sekarang ialah waktu yang sempurna untuk menambah warna bagi menyeronokkan lagi musim panas, dengan Sprocket Rocket edisi SUPERPOP !



Dengan keupayaan wide angle, multiple exposure dan tambahan sprocket menjadikan Sprocket Rocket sebagai teman baik bagi melancong, terutamanya jika anda menuju ke pantai ! Menangkap gambar pantai dengan sangat menarik, rakan rakan, semuanya dengan kebolehan panorama !

Sekarang, Sprocket Rocket boleh diperolehi dengan pelbagai warna menarik, terang dan ceria sesuai dengan mood musim panas. Oren, biru, hijau,dan kuning ialah warna yang ditawarkan. Memang menarik, yang pada asasnya cuma warna hitam saja, (putih untuk edisi Hong Kong).

Jadi apa lagi, mari ke pantai :)

Tuesday, 12 July 2011 Leave a comment

New From Lomography #2 !

Assalamualaikum semua !

Fuh lama betoi tak update blog, 3 minggu kot semenjak dok belajaq kat KMM atau lebih dikenali sebagai Kolej Matrikulasi Melaka. Dok sini kerja dok online facebook ja tapi blog lupa nak buka. Okay tanpa membuang masa lagi saya ingin mempersembahkan sejenis lagi kamera baru dari Lomography ! La Sardina !


Hah mesti anda semua rasa pelik dengan bentuk dia kan, macam tin sardin ! Sebab tu nama dia La Sardina !
Hehe kamera ni dulu dah ada macam ni, lupa dah nama kamera tu. Bentuk sebiji macam tin sardin tapi material dia tin la. Yang ni badan dia plastik je. Keistimewaan ia macam LC-Wide juga iaitu wide angle camera. Tu ja kot. Takda idea dah :)

 OH ya ni contoh hasil La Sardina ! Nyum nyum !







Tuesday, 21 June 2011 Leave a comment

New from Lomography !

Harini Lomography ada keluarkan kamera terbaru. Memang misteri mula2 nya. Tapi lani dah tau, memperkenalkan LC Wide ! Diperbaharui dari LC-A+ dengan ciri2 yang lebih ekstra kerana wide angle camera ! Focal length ia 17mm menjadikan kamera yang lebih luas sudutnya.




Menampilkan 3 format gambar menjadikan ia sangat istimewa. Memang teman yang sesuai untuk dibawa merantau. Kool gila !




Kalau berminat sila klik sini. Harga dia boleh tahan mahal lah, biasa lah baru lagi. Jadi kalau ada yang dah beli habaq tau macam mana rasa ia ! Lomo on ! LC-W is here.


Thursday, 19 May 2011 Leave a comment

Sembang kamera part 5


Yah, haritu sembang pasai Holga, kali ni nak sembang pasai pesaing ketatnya, Diana. Kamera Diana diasaskan di China pada tahun 1960-an oleh sebuah syarikat. Dibuat 100% dengan plastik, harganya pada mula dibina hanyalah 1$ dan dianggap satu kegagalan sebab tak ramai yang guna - kemudian tidak lagi dikeluarkan. Tidak lama kemudian para artisan dan lo-fi photographer semakin meminati kamera Diana kerana ciri ciri gambarnya - soft & dreamy images, super-saturated colors, unpredictable blurring, and random contrast. 


Pada tahun 2007, kamera ini muncul semula sebagai Diana F+ oleh Lomography. Bentuknya 100% sama seperti Diana yang lama cuma ada flash yang comel sebagai tambahan. Diana F+ mempunya aksesori yang lengkap macam wide lens, telephoto lens, fisheye lens, instant back dan 35mm back.


Kemudian Lomography mencipta Diana  F+ versi 35mm iaitu Diana Mini. Harganya mahal sedikit berbanding Diana F+ sebab kurang aksesori.

Diana Mini yang comel !


Ini pula Diana yang mempunyai tema dan warna yang tersendiri dan dikenali sebagai Diana F+ klon.Gambar atas menunjukkan senarai Diana F+ klon.


p/s: Aku sekarang tengah menunggu Holga 120 GCFN nih :)

Tuesday, 3 May 2011 1 Comment

Sembang kamera part 4


Yep, kali ni nak sembang pasai Holga,. Walaupun aku pengguna Holga 135, aku tak pernah sembang pasai Holga kan ? Hah ni dia peluang ampa untuk mengenalinya dengan lebih dekat.

Pada asalnya, Holga ni dibuat di China pada tahun 1982. Kemudian direka semula bentuknya menjadikannya sebagai salah satu kamera mainan terhebat. Dengan vignette dan black corner yang mencengkam jiwa menjadikannya sebagai trademark Holga. Asalnya Holga cuma kamera medium format tapi bila zaman dah maju, dah ada versi 135 yang aku pakai lani. Okay ni model2 Holga.

  • Holga 120S - Holga yang original, sudah tiada.
  • Holga 120N
  • Holga 120SF
  • Holga 120FN
  • Holga 120CFN
  • Holga 120GN
  • Holga 120GFN
  • Holga 120GCFN
  • Holga 120TLR
  • Holga 120GTLR
  • Holga 120PC
  • Holga 120WPC
  • Holga Micro 110
  • Holga 110TFS
  • Holga 135
  • Holga 135BC - Ni aku punya
  • Holga 135PC
  • Holga 135AFX
  • Holga K202
  • Holga K200N
  • Holga K200NM
  • Holga 135TIM
  • Holga 135TLR
  • Holga 135BC TLR



Holga 120CFN



TermDefinition
SStandard, as in the original Holga 120S
NNew/Normal, means the new standard, the 120S was replaced with the 120N
GGlass, A glass version of the standard plastic Holga lens
FFlash, this means the Holga has a flash built in
WWide, for a wide panoramic Holga (6x9 images)
CFColour Flash, these letters will always be together, the colour flash enables you to change the colour on the flash that is built into the Holga.
PCPinhole Camera, any time you see PC, it means the Holga doesn't have a lens, but a pinhole instead, along with a permanent ‘B’ bulb mode.
BCBent/Black Corners, The standard 135 camera lacks a lot of vignetting, so Holga introduced the BC version to ‘bend the corners’ of your photo giving that much loved Holga effect.
3DThree Dimensional. Basically, a Holga with 2 lenses side by side.
TLRTwin Lens Reflex, a Holga with one lens for framing and one for taking the photo.
120Takes 120 Film
135Takes 35mm Film
110Takes 110 Film

Friday, 29 April 2011 Leave a comment

Sembang kamera part 3

Hah anda mahukan gambar yang luas ? Sudah bosan dengan lensa wide angle anda ? Boleh try kamera ni dari Lomography, Spinner 360 yang mengambil gambar sekeliling anda, ya 360 darjah keluasan ! Puas tuh, semua benda dekat sekeliling kita masuk dalam gambar. Kalau nak ambil gambar panorama pun puas hati.  Kamera ini menggunakan filem 35mm. Sekali shot gambar lebih kurang 4 frame panjang dari biasa. Mempunyai kawalan manual membolehkan anda mengawal sepenuhnya. Juga terdapat lubang tripod untuk diletakkan di tripod.


Features:

  • Uses standard 35mm film that can be processed anywhere
  • Creates up to 8 full 360° panoramas on a 36-exposure film
  • Rubber band drive + fully manual controls (no batteries required)
  • Manual long exposures
  • Sunny/cloudy aperture settings
  • Tripod mount







Tuesday, 26 April 2011 Leave a comment

Diana F+ Deluxe Kit

aku semakin meminati Diana. Kalau nak beli, beli ni teuih dah la, lengkap semua. Pergh ! :(

Tuesday, 19 April 2011 4 Comments

Sembang kamera part 2

Tadi aku tertidur, terlupa nak update blog. Okay kali ni nak sembang pasai kamera TLR (twin lens reflex), Lubitel. Lubitel dicipta di Russia oleh LOMO, dan rekaan bentuknya diambil dari kamera Voigtländer Brillant tahun 1930-an dengan beberapa pembaharuan. Cool kan ?


Pada mulanya kamera ini dianggap sebagai kamera mainan (toy cameras) kerana harganya yang murah, dan badan plastik. Tapi Lubitel menggunakan filem 120mm (medium format) dan diubah suai macam fungsi bulb dan lensa dari kaca dan banyak lagi lah. 


Aku paling tertarik sebab viewfinder dia kat atas, tu yang best pasal kamera TLR boleh tngk dari paras pinggang.


Ni model Lubitel ikut tahun:

  • Kamera Komsomolets tapi kamera ni viewfinder dia tak boleh fokus,tapi fixed. Hampir seperti kamera Voigtländer Brillant.
  • Lubitel TLR 1950-1956
  • Lubitel-2 1955-1977
  • Lubitel-166 1977-1980
  • Lubitel-166 B 1980-?
  • Lubitel-166 Universal 1984-Ogos 1988(pastu takda dah)
  • Lubitel-166+ 2008 (Lomography punya)

Lubitel 166+ dari Lomography :)

Monday, 18 April 2011 Leave a comment

Sembang kamera

Yaww, kali ni nak sembang pasal kamera analog paling comel, paling cool ini dia Fujipet ! Hah nampak cool kan ? Aku ingat kamera ni baru lagi, rupa rupanya lama dah, zaman 60-an lagi. Dicipta dari jenama Fujifilm dari Jepun, mesti semua tau kan Fujifilm ? Okay kamera Fujipet ni menggunakan filem jenis 120mm, dan tidak dikategorikan sebagai kamera mainan (toy camera) oleh kerana material badan dia bukan plastik tetapi aluminium menjadikan dia agak berat berbanding Diana dan Holga. Kamera ni ada beberapa jenis model, yang klasik dikenali sebagai Thuderbird, model EE dan versi 35mm digelar Pet 35. Ada gak yang super rare punya versi warna emas dengan edisi Mighty Atom (Astro Boy !). Kalau hampa boleh jumpa memang rare habis kamera nih.


Sesetengah kamera Fujipet ada yang lens kaca ada yang lens plastik menjadikan hasil gambar dia terasa seperti gabungan kamera Diana dan Holga. Fuhh hebat tu.


Yeah, ni diagram kamera Fujipet nih, jadi faham fahamlah sendiri ek ? Aku try cari kat Malaysia, tak jumpa jumpa lagi pun, haish. Kat Ebay ada tapi mahai.

Dapat jumpa ni memang bertuah :)

Thursday, 14 April 2011 Leave a comment

Why not to buy a digital toy camera

Digital (Ouch it hurt to type that) toy cameras are popping up all over the internet at the moment, but I want to share why I don't think you should invest.

What I don't want to do with this post is start a huge debate about digital vs film, because we already know the conclusion...film rocks harder. 

What I want to show you, is that there is little, if any point investing in one of these little money making creations, because you probably already have one on you...Yourmobile phone camera. 

Providing you have a mobile phone camera and some kind of image editing software. Gimp is a good choice for those who can't rip off *cough splutter* afford Adobe Photoshop CS5.


So folks, I don't endorse digital, but please bear this in mind when you see an advert for a digital toy camera. You already have one in your pocket!

Please think carefully! Sure the cameras look cool and cute, but are they really worth it? I don't think so when I can get results like that with something I already have. :)

Monday, 11 April 2011 Leave a comment

The Legendary

Today i would like to show you the finest and one of the greatest Lomography camera, the LC-A+.
It is originally from Russian camera, LC-A that use russian lens that produce sharper image.
First of all,
This is the normal LC-A+, and down here are special edition type : 
This the 25th anniversary edition. 
This is No Nukes edition, very very limited.
This is the Japanese White edition. Only 1000 units in the world !
And this is the most expensive LC-A+ i think, using real gold.
The Gold edition that only rich people can afford it. 

Wednesday, 9 March 2011 Leave a comment

« Older Posts
Powered by Blogger.